Pages

Thursday, July 16, 2020

BACAAN AL-QURAN SECARA ZAMZAMAH

Tular satu bacaan terbaru oleh Syeikh Masyari dengan bacaan secara zamzamah...dan sebelum beliau sudah ada beberapa bacaan yang mirip... Bacaan zamzamah adalah bacaan laju yang langsung tidak meraikan hukum Tajwid... Kononnya bacaan sebegini adalah untuk mengulang hafazan... Bahkan lebih dari itu dikaitkan pula dengan bacaan Imam Syafie sehingga mampu mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan... Untuk memastikan isu ini, saya telah merujuk pakar Al-Quran dunia... Seperti Syeikh Prof Dr Isa Al-Ma'sarawiy, Syeikh Dr Aiman Suwaid, Syeikh Dr Tawfiq Dhamrah, Syeikh Dr Ali Al-Qariy, Syeikh Adnan Al-Urdhiy, Syeikh Dr Ihab Fikriy dan Syeikh Al-Syihaniy. Kesemua mereka mengatakan bahawa bacaan seperti ini adalah SALAH dan tidak menepati arahan Nabi SAW supaya menjaga hukum tajwid walau dalam keadaan mana tempo bacaan itu dilakukan.... Jadi, saya berharap agar sahabat-sahabat tidak meniru bacaan seperti ini kerana secara jelas menyalahi sunnah bacaan Al-Quran walaupun ia dibaca oleh Qari yang masyhur. "Tidak dinamakan Al-Quran tanpa Tajwid'

No comments:

Post a Comment