Pages

Friday, January 10, 2020

FEQH: ISU SAF KANAK-KANAK

SAF SOLAT KANAK-KANAK LELAKI
Petikan rakaman video kuliah kitab Hidayatus Sibyan oleh ustaz Wan Junaidi pada 26 Ogos 2019 berdurasi 8 minit 7 saat disertakan.


1. Saf solat jemaah hendaklah disusun dengan mendepankan lelaki yang telah baligh (lepas ini disebut lelaki dewasa walaupun umurnya baru 9 tahun qamariah tapi dah baligh) diikuti oleh lelaki yang belum baligh tapi dah mumaiyiz (lepas ini disebut kanak-kanak walaupun umurnya 14 tahun qamariah tapi belum baligh).
2. Kanak-kanak lelaki tidak boleh merebut saf dari orang lelaki dewasa dengan makna bila iqamat maka hendaklah saf-saf terdepan dipenuhkan oleh lelaki-lelaki dewasa.
3. Bila semua lelaki dewasa telah penuhkan saf maka kanak-kanak lelaki pula memenuhkan saf di sebelah kanan dan kiri orang dewasa bukannya membuat saf yang berasingan dari saf orang lelaki dewasa kerana kanak-kanak lelaki dikira sejenis dengan lelaki dewasa.
4. Apabila ada orang lelaki dewasa datang lewat ketika kanak-kanak lelaki dewasa telah mendirikan saf maka orang lelaki dewasa ini tidak berhak menyuruh kanak-kanak lelaki beralih melainkan diizinkan oleh kanak-kanak lelaki itu.
5. Adapun kalau kanak-kanak itu telah takbiratul ihram maka haram mengalihkan dia kerana haram mengganggu orang bersolat.
PANDUAN KEPADA BAPA YANG MEMBAWA ANAK-ANAK BELUM BALIGH KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT
1. Adalah satu perkara terpuji bagi seorang bapa membawa anaknya bersolat fardu Jumaat kerana kewajipan bagi para wali menyuruh anak yang belum baligh bersolat.
2. Ketika dalam masjid, si bapa afdhal merebut saf paling depan tetapi anaknya yang belum belum baligh tidak boleh merebut saf hadapan.
Pilihan A: Kalau si bapa pergi ke saf hadapan bersama anaknya yang belum baligh pun berada di saf hadapan, ini merosakkan aturan saf solat berjemaah yang mengkedepankan lelaki dewasa dan mengkemudiankan kanak-kanak.
Pilihan B: Kalau si bapa pergi ke saf hadapan dan meninggalkan anaknya yang belum baligh di saf belakang, ini mungkin menyebabkan anaknya hilang atau bermain-main (kanak-kanak memang aktif, tak salah pun tapi dalam masjid, perpustakaan atau diistana atau di rumah orang kanak-kanak hendaklah dididik supaya menjaga tingkah-laku).
Pilihan C: Si bapa bersama anaknya yang belum baligh berada di saf belakang.
3. Pilihan C paling tepat. Walaupun si bapa terlepas pahala saf hadapan tetapi si bapa mendapat pahala mendidik anak, pahala menjaga keselamatan anak, pahala mempastikan aturan saf semasa solat Jumaat terpelihara dan pahala mempastikan anak sentiasa mematuhi adab dalam masjid (kanak-kanak memang aktif, tak salah pun tapi dalam masjid, perpustakaan atau diistana atau di rumah orang kanak-kanak hendaklah dididik supaya menjaga tingkah-laku dan tidak menyebabkan orang lain terganggu).
4. Pilihan A merosakkan aturan saf. Pilihan B mungkin menyebabkan orang lain terganggu kerana kanak-kanak yang tidak dikawal oleh bapanya (kanak-kanak memang aktif, tak salah pun tapi dalam masjid, perpustakaan atau diistana atau di rumah orang kanak-kanak hendaklah dididik supaya menjaga tingkah-laku dan tidak menyebabkan orang lain terganggu).
Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment